Empat pemain remaja Real Madrid ditahan, disyaki edar video seks bawah umur

Astro Arena
September 16, 2023 07:20 MYT
Seorang pemain daripada pasukan simpanan kelab itu, Castilla, dan tiga daripada pasukan Cnya, yang tidak dinamakan, telah disoal siasat oleh pihak berkuasa. - Foto Stadium Astro
POLIS Sepanyol telah mengesahkan penahanan empat pemain Real Madrid atas dakwaan berhubung video seks bawah umur.
Seorang pemain daripada pasukan simpanan kelab itu, Castilla, dan tiga daripada pasukan Cnya, yang tidak dinamakan, telah disoal siasat oleh pihak berkuasa kerana disyaki mengedarkan video kandungan seksual yang melibatkan kanak-kanak bawah umur.
Mereka semua telah dibebaskan berikutan soal siasat dan rampasan data daripada telefon bimbit mereka.
Polis berkata, aduan pertama kali difailkan oleh ibu kepada seorang gadis berusia 16 tahun yang dikatakan muncul dalam video itu, yang pihak berkuasa menyatakan dibuat tanpa persetujuannya sebelum dikongsi di WhatsApp.
“Mereka ditahan kerana disyaki mengedarkan video dengan kandungan seksual yang melibatkan kanak-kanak bawah umur,” kata jurucakap Guardia Civil.
Gergasi LaLiga Madrid telah mengulas mengenai penahanan tersebut.
Dalam satu kenyataan berbunyi, “Seorang pemain Castilla dan tiga pemain Real Madrid C telah memberikan kenyataan kepada Guardia Civil berhubung aduan atas dakwaan penyebaran video peribadi di WhatsApp.
"Apabila kelab mempunyai pengetahuan yang lebih terperinci, kami akan akan mengambil langkah yang selanjutnya."
*Artikel asal yang disiarkan di Stadium Astro
#pemain remaja #Real Madrid #video seks #bawah umur