awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
Selangor FC kesal insiden bakar suar, kutuk salah laku penyokong
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Empat pemain umum persaraan keputusan yang tidak tepat - Zainal Abidin

Astro Arena
Astro Arena
17/07/2016
13:56 MYT
Empat pemain umum persaraan keputusan yang tidak tepat - Zainal Abidin
ZAINAL: Selagi mereka beraksi di tahap yang baik, mereka seharusnya terus bermain.
PENGENDALI Selangor, Zainal Abidin Hassan, yang pernah mewakili Harimau Malaysia berpendapat empat pemain yang sudah mengumumkan persaraan, membuat keputusan yang tidak tepat.
Aidil Zafuan, Safiq Rahim, Amirulhadi Zainal dan S. Kunanlan membuat kejutan apabila mengumumkan persaraan daripada mewakili negara beberapa hari lalu.
Zainal, bagaimanapun, berasakan keempat-empat pemain tersebut masih mampu membuat sumbangan untuk negara.
"Bagi saya, selagi mereka beraksi di tahap yang baik, mereka seharusnya terus bermain," katanya.
Turut meluahkan persetujuan sama ialah pemain pertahanan Selangor, Razman Roslan.
"Bagi saya, terlalu awal untuk mereka bersara sebab kami perlukan pemain seperti mereka, tetapi sudah tentu mereka ada sebab sendiri, jadi kita perlu akur.
"Diharapkan ada pemain yang mampu mengisi kekosongan mereka," katanya.
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akan mengadakan sidang media pada Isnin bagi memberi reaksi lanjut berhubung isu ini.
Topic Berkaitan
#berita bola sepak
#FAM
#JDT
#keputusan tidak tepat
#pemain skuad kebangsaan
#umum persaraan
#Zainal Abidin Hassan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan