ROBERT Lewandowski mendakwa enam gelaran yang diraih Bayern Munich adalah sesuatu yang istimewa bukan hanya untuk gergasi Bundesliga tetapi buat bola sepak di seluruh dunia.
Bayern mengatasi juara CONCACAF, Tigres UANL 1-0 di Qatar awal pagi tadi bagi menjuarai gelaran Piala Dunia Kelab buat kali kedua.
Ia menjadikan gelaran keenam dimenangi Bayern di bawah kendalian Hansi Flick, dengan senarai yang turut dilengkapkan dengan kejuaraan musim lalu iaitu Bundesliga, DFB-Pokal dan Liga Juara-Juara dan musim ini Piala Super UEFA dan Piala Super DFL.
Lewandowski, yang dinobat sebagai Pemain Terbaik FIFA 2020, merupakan pemain penting dalam memastikan kemenangan Bayern keatas Tigres selepas gerakannya membenarkan Benjamin Pavard meledak gol kemenangan.
"Enam kejuaraan ini sememangnya amat istimewa, satu kisah yang menarik -- bukan hanya untuk Bayern Munich, tetapi seluruh bola sepak," kata Lewandowski.
"Cara kami bermain, ia akan kekal untuk jangka masa panjang."
Bayern merupakan pasukan pertama sejak Barcelona yang dikendalikan Pep Guardiola, pada 2009, untuk menjuarai semua gelaran yang ditawarkan.
"Tahniah kepada pasukan, mereka telah meraih sesuatu yang bersejarah dengan gelaran keenam," kata Flick.
"Ini merupakan musim yang terbaik dan berjaya bagi Bayern.
"Kami sangat berbangga dengan pasukan. Ia merupakan sesuatu yang luar biasa apa yang mereka telah capai."
Astro Arena
Fri Feb 12 2021

Lewandowski, yang dinobat sebagai Pemain Terbaik FIFA 2020, merupakan pemain penting dalam memastikan kemenangan Bayern keatas Tigres. Foto via Astro Arena
![[TERKINI] SRC International | Perkembangan rayuan DS Najib Razak [TERKINI] SRC International | Perkembangan rayuan DS Najib Razak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1899551/8967789641618278513442_640x360.jpg)
[TERKINI] SRC International | Perkembangan rayuan DS Najib Razak

AWANI Pagi: Cari keberkatan dalam kesederhanaan
Sekali lagi kita berpuasa di saat pandemik dan norma baharu yang ketika ini bagai lumrah Apa tips kesihatan dan amalan yang baik dalam kita menempuhi bulan penuh keberkatan ini? Selebriti Selasa bersama Mizz Nina dan Imam Muda Asyraf untuk membicarakan topik ini #AWANIPagi #BukaLembaranBaharu #IlhamRamadan

Rayuan kes SRC Najib masuk minggu kedua
Salah seorang pegawai beliau memaklumkan barisan pembeleaan akan memohon mahkamah untuk penggulungan hujah pembelaan kes itu kira-kira pukul 1 petang ini.
![AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemas kini COVID-19 [13 April 2021] AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemas kini COVID-19 [13 April 2021]](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1899544/15146776071618275677028_640x360.jpg)
AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemas kini COVID-19 [13 April 2021]
Ketahui berita yang perlu anda tahu hari ini bersama Hakim Rahman dan Nursyazwani Saiful Sham dalam #AWANIpagi 13 April 2021 Antara fokus berita pagi ini merangkumi: - Ramadan: Kedai makan, perkhidmatan penghantaran dibenarkan sehingga 6 pagi - Audio tular: Anwar sindir Azmin sememangnya pandai bab video, audio #AWANInews #BukaLembaranBaharu

Aliran trafik masuk sempadan Kelantan terkawal pada awal Ramadan
Aliran trafik memasuki sempadan Kelantan terkawal walaupun berlaku sedikit peningkatan kenderaan menjelang satu Ramadan.

Undang-undang Islam: Terlalu tegas boleh membawa kepada hipokrasi - Mustafa Akyol
Orang Islam perlu sedar setiap perkara yang dilakukan, perlu dibuat dengan niat kerana Allah, dan bukan kerana undang-undang tertentu.

Remaja maut terkena renjatan elektrik selepas melarikan diri daripada kereta terbakar
Seorang remaja maut akibat renjatan elektrik selepas terlibat dalam kemalangan di Florida, Amerika Syarikat.

COVID-19: India luluskan penggunaan vaksin Sputnik V
India meluluskan penggunaan vaksin Sputnik V COVID-19 buatan Rusia ketika negara itu sedang berdepan dengan peningkatan kes.

Bursa AS rendah, pelabur tunggu data inflasi
Saham di Bursa New York ditutup rendah pada hari pertama dagangan minggu ini dengan pelabur menunggu laporan pendapatan korporat.

COVID-19: PBB gesa kerajaan pertimbang cukai kekayaan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa kerajaan semua negara mempertimbang untuk mengenakan 'solidariti atau cukai kekayaan' kepada golongan kaya.

Manchester City rugi RM718.68j
Secara keseluruhan, pendapatan City menurun 11 peratus iaitu kepada 478.4 juta pound (RM2.7b bilion) daripada 12 bulan sebelumnya.

England tetap waspada ancaman Poland tanpa Lewandowski - Southgate
Southgate menolak idea England bakal memiliki kelebihan dengan ketiadaan penyerang itu menjelang pertembungan kedua-dua pasukan dalam aksi Kumpulan I.

Kecederaan lutut, bintang Bayern Munich Lewandowski direhatkan sebulan
Lewandowski cedera selepas Poland menumpaskan Andorra 3-0 dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia FIFA 2022 pada Ahad.

Der Klassiker: Reus label pengadil berat sebelah
Dortmund gagal mempertahankan kelebihan dua gol awal permainan yang diledakkan Erling Haaland apabila secara dramatiknya tersungkur 2-4 kepada Bayern di Allianz Arena.

Tinggalkan Bundesliga atau sertai Bayern - Matthaus
Penyerang Norway itu meledak dua gol ketika menang 4-0 ke atas Schalke bagi menjadikan bilangan jaringannya kepada 27 dalam semua pertandingan musim ini.

Enam gelaran Bayern istimewa buat seluruh bola sepak
Bayern mengatasi juara CONCACAF, Tigres UANL 1-0 di Qatar awal pagi tadi bagi menjuarai gelaran Piala Dunia Kelab buat kali kedua.

Flick buktikan Bayern Munich 'raja kebangkitan'
Skuad kendalian Hansi Flick itu tidak pernah mendahului sebarang perlawanan liga sejak Oktober lalu.

Lewandoski dinobat Pemain Terbaik FIFA 2020
Lewandoski menewaskan pemenang tahun lalu Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo.

Undian UCL: Barca, PSG buat perhitungan, Bayern jumpa Lazio
Pendahulu LaLiga, Atletico Madrid, akan menghadapi satu lagi pasukan EPL, Chelsea, yang kini dikendalikan oleh juara UCL tahun 2012, Frank Lampard.
![[EKSKLUSIF] Celine Chuang berkongsi rahsia kejayaan, pengalaman berlatih di Jerman [EKSKLUSIF] Celine Chuang berkongsi rahsia kejayaan, pengalaman berlatih di Jerman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-12/41607791433_CelineChuang.jpg)
[EKSKLUSIF] Celine Chuang berkongsi rahsia kejayaan, pengalaman berlatih di Jerman
Beliau yang kini bersama kelab lelaki bawah 15 tahun FC Wacker Munchen e.V turut diberi peluang beraksi dengan pasukan kedua B-17 remaja wanita FC Bayern Munich.