SPORTS
Enam minggu sebelum Euro, kenapa penjaga gol skuad wanita England bersara awal?
Earps mengharungi musim sukar susulan tidak menjadi pilihan utama dan telah kehilangan tempat sejak berpindah ke Chelsea. - Stadium Astro
PENJAGA gol skuad wanita England, Mary Earps, telah mengumumkan persaraannya daripada bola sepak antarabangsa, meskipun berbaki kurang daripada enam minggu Kejuaraan Euro 2025.
Ringkasan AI
Bekas pemain Manchester United itu telah mengumpul 53 penampilan, selain memainkan peranan utama membawa Lionesses menjuarai Euro 2022, dan menjadi watak utama mereka ke final Piala Dunia pada 2023.
Mary Earps turut meraih pencapaian Anugerah Penjaga Gol Wanita Terbaik Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).
Bagaimanapun, pemain berusia 32 tahun itu mengharungi musim sukar susulan tidak menjadi pilihan utama dan telah kehilangan tempat sejak berpindah ke Chelsea, dan harus akur kepada Hannah Hampton yang memakai jersi nombor satu kelab itu.
"Ia merupakan penghormatan terbesar dalam hidup saya untuk memakai lencana ini dan mewakili negara saya," kata Earps.
“Saya harap saya boleh bermain selama-lamanya, tetapi malangnya, semua perkara yang baik mesti berakhir.
"Ini adalah masa yang sesuai untuk saya berundur dan memberi peluang kepada generasi muda untuk berkembang maju.
"Memenangi Euro pada 2022 adalah hari terbaik dalam hidup saya, dan saya berhasrat untuk rakan sepasukan yang lain melakukannya sekali lagi pada musim panas ini," katanya. -- Stadium Astro
Ringkasan AI
- Mary Earps mengumumkan persaraannya daripada bola sepak antarabangsa kurang enam minggu sebelum Euro 2025, selepas mengumpul 53 penampilan dan membantu England menjuarai Euro 2022.
- Keputusan ini dibuat selepas beliau kehilangan tempat sebagai penjaga gol utama England kepada Hannah Hampton, yang kini menjadi pilihan utama.
- Earps menyatakan bahawa ia adalah masa yang sesuai untuk berundur dan memberi peluang kepada generasi muda, sambil berharap England dapat mempertahankan kejuaraan mereka.