SUKAN
England kumpul tandatangan tuntut Israel diharamkan dari bola sepak antarabangsa
Polis klasifikasikan perlawanan Aston Villa dan Maccabi Tel Aviv sebagai "berisiko tinggi" dan penyokong pelawat tidak dibenarkan masuk stadium. - Gambar fail/Reuters
ISTANBUL: Sebanyak puluhan ribu tandatangan telah dikumpulkan di England bagi sebuah petisyen yang menuntut agar Israel tidak dibenarkan menyertai bola sepak antarabangsa berikutan tindakannya di Gaza, selain mendesak agar perlawanan antara Aston Villa dan Maccabi Tel Aviv dibatalkan, lapor Anadolu Ajansi.
Ringkasan AI
Petisyen yang dilancarkan oleh Kempen Solidariti Palestin di UK dan ditandatangani oleh 25,000 orang itu diserahkan kepada Persatuan Bola Sepak England di Stadium Wembley oleh pengarah platform itu, Lewis Backon.
Backon berkata pasukan dari negara yang bertanggungjawab terhadap pembunuhan beramai-ramai dan dasar aparteid tidak sepatutnya dibenarkan bermain dalam pertandingan bola sepak antarabangsa.
Aston Villa dijadual menentang Maccabi Tel Aviv di tempat sendiri dalam Liga Europa UEFA pada Khamis ini.
Polis West Midlands mengklasifikasikan perlawanan itu sebagai "berisiko tinggi" berdasarkan maklumat semasa serta insiden yang berlaku sebelum ini.
Sementara itu, Kumpulan Penasihat Keselamatan yang terdiri daripada polis, pihak berkuasa tempatan dan pakar keselamatan mengumumkan bahawa penyokong pelawat tidak akan dibenarkan memasuki stadium.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini
Ringkasan AI
- Tandatangan puluhan ribu orang di England menuntut agar Israel disingkirkan daripada bola sepak antarabangsa berikutan tindakan di Gaza.
- Petisyen itu, yang dikemukakan oleh Kempen Solidariti Palestin, menyerahkan 25,000 tandatangan ke Persatuan Bola Sepak England.
- Polis West Midlands mengklasifikasikan perlawanan Aston Villa dan Maccabi Tel Aviv sebagai "berisiko tinggi" dan penyokong pelawat tidak dibenarkan masuk stadium.