ePiala Asia: Indonesia juara, tewaskan Jepun!

Astro Arena
Februari 6, 2024 04:05 MYT
Final kejohanan ePiala Asia antara Indonesia dan Jepun memaparkan aksi yang memukau dengan lebih 200,000 tontonan streaming. - Foto Astro ARENA
FINAL kejohanan ePiala Asia di antara Indonesia menentang Jepun memaparkan aksi yang memukau dengan lebih 200,000 tontonan streaming.
Pasukan Garuda berada dalam landasan terbaik pada perlawanan pertama tetapi terpaksa beralih ke sepakan penalti selepas terikat seri 1-sama.
Pemain Indonesia yang dibarisi Elga Cahya Putra dan Akbar Paudie meneruskan aksi yang konsisten tanpa gentar walaupun diasak.
Namun sepakan penalti yang memihak kepada Indonesia, dengan keputusan 1-1 (3-2) memisahkan kedua-dua pasukan.
#ePiala Asia #e-sukan #Jepun #Indonesia