EPL: 23 gol masing-masing, Son dan Salah kongsi Kasut Emas

Astro Arena
Mei 23, 2022 03:52 MYT
Son (kiri) menjadi pemain Asia pertama memenangi anugerah tersebut, sementara ia merupakan anugerah yang ketiga bagi Salah.
SON HEUNG-MIN dan Mohamed Salah berkongsi Kasut Emas Liga Perdana Inggeris selepas bintang Tottenham dan Liverpool itu menamatkan musim dengan 23 gol.
Penyerang Tottenham, Son mendahului Salah dalam persaingan penjaring terbanyak selepas pemain kebangsaan Korea Selatan itu meledak dua gol ketika merakamkan kemenangan 5-0 ke atas Norwich City di Carrow Road.
Bagaimanapun, Salah menyamakan bilangan jaringan apabila meledak gol pada minit ke-84 di Anfield ketika Liverpool mengatasi Wolves 3-1, namun kemenangan itu tidak cukup untuk merangkul gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL), di mana Manchester City bangkit untuk menang 3-2 ke atas Aston Villa.
Son menjadi pemain Asia pertama memenangi anugerah tersebut, sementara ia merupakan anugerah yang ketiga bagi Salah.

Introducing your 2021/22 #PL Castrol Golden Boot winners... @MoSalah @Sonny7 pic.twitter.com/lXhsQoUeHF

— Premier League (@premierleague) May 22, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
*Artikel asal disiarkan di Stadium Astro
#Liga Perdana Inggeris #Kasut Emas #Son Heung-min #Mohamed Salah #EPL #Liverpool #Tottenham #Manchester City