awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bot persiaran karam, lima kru terselamat 17 jam terapung di laut
VM2026: Duta AS cadang pelancong Amerika kenali Malaysia lebih dekat
Alpha teruja jayakan 'Assalamualaikum Terengganu'
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

EPL: Aksi luar biasa Haaland buat Guardiola tergamam

Astro Arena
Astro Arena
01/09/2024
02:20 MYT
EPL: Aksi luar biasa Haaland buat Guardiola tergamam
Haaland ketika menjaringkan gol ketiga Manchester City dalam perlawanan menentang West Ham United di Stadium London. - Foto AP
PEP Guardiola hilang kata-kata untuk menggambarkan Erling Haaland selepas hatrik kelapan Liga Perdana Inggeris yang membolehkan Manchester City menang 3-1 ke atas West Ham.
Setelah menjaringkan tiga gol untuk membantu City meraih kemenangan 4-1 ke atas Ipswich Town pada hari perlawanan kedua, Haaland melakukan perkara yang sama semalam untuk memastikan mereka kekal dengan rekod kemenangan ketika mengetepikan The Hammers di Stadium London.
Tujuh gol Haaland musim ini adalah yang paling banyak dijaringkan oleh mana-mana pemain dalam tiga perlawanan pertama kempen Liga Perdana Inggeris, manakala hanya Sergio Aguero (12), Alan Shearer (11) dan Robbie Fowler (sembilan) memiliki hatrik lebih banyak berbanding pemain kebangsaan Norway itu.
Merentasi empat peringkat teratas bola sepak Inggeris, dia juga pemain pertama yang menjaringkan dua hatrik dalam tiga perlawanan pertama pasukan dalam musim liga sejak Paul Jewell dari Bradford City pada 1994-95.
Pemain Norway itu kini telah menjaringkan lebih daripada sekali dalam 26 peratus perlawanan Liga Perdana (18/69, lapan hatrik, 10 kali meledak dua gol), membuatkan Guardiola tidak mampu berkata apa-apa.
"Tiada kata-kata untuknya," kata Guardiola kepada BBC Sport.
"Apa yang boleh kami lakukan ialah membuatkan dia bermain lebih baik dan lebih baik serta memberikannya sebanyak mungkin bola ke dalam kotak. Itulah yang perlu kami lakukan. Kami berada di sana dan kami menambah kualiti.
"Ini adalah pasukan. Apabila anda perlu berlari ke belakang, tiada siapa yang bertanya siapa yang perlu melakukannya. Semua orang perlu melakukannya. Apabila kita melihat Erling melakukan itu, ia adalah hebat." - Stadium Astro
Topic Berkaitan
#Pep Guardiola
#Erling Haaland
#EPL
#Manchester City
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan