SUKAN
EPL: Arsenal dan Manchester City kongsi mata seri 1-1
Arteta (kiri) memerhatikan Haaland (kanan) berebut bola dengan pemain lawan William Saliba ketika perlawanan EPL antara Arsenal dan Manchester City di Stadium Emirates, London, 21 Sept 2025. (Foto AP)
PERLAWANAN Liga Perdana Inggeris antara Arsenal dan Manchester City berakhir dengan keputusan seri 1-1 di Stadium Emirates, London, pada Ahad.
Manchester City terlebih dahulu membuka jaringan seawal minit ke-9 menerusi Erling Haaland selepas menerima hantaran Tijjani Reijnders.
Arsenal yang ketinggalan, memperkemaskan permainan pada babak kedua dengan beberapa pertukaran pemain oleh Mikel Arteta.
Usaha mereka akhirnya membuahkan hasil apabila Gabriel Martinelli menjaringkan gol penyamaan pada masa kecederaan minit ke-93 hasil umpanan Eberechi Eze.
Kedua-dua pasukan mempamerkan aksi sengit dengan Arsenal lebih menguasai permainan pada separuh masa kedua.
Penjaga gol City, Gianluigi Donnarumma, turut cemerlang menafikan beberapa percubaan berbahaya daripada Arsenal.
Keputusan seri ini menyaksikan Arsenal kekal di tangga kedua liga dengan 10 mata, manakala City kini di kedudukan kesembilan dengan tujuh mata.
Pengurus City, Pep Guardiola, mengakui Arsenal bermain lebih baik dan keputusan seri adalah adil.
Sementara itu, Arteta memuji semangat juang anak buahnya yang tidak berputus asa sehingga ke wisel penamat.