Skip to main content

Sukan

EPL: Aston Villa bangkit tundukkan Chelsea 2-1 di Stamford Bridge

41766869671_OllieWatkins.jpg
LONDON: Aston Villa bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan Chelsea 2-1 dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stamford Bridge pada Sabtu, sekali gus mencatat kemenangan ke-11 berturut-turut dalam semua pertandingan.

Chelsea terlebih dahulu berada di depan apabila sepakan sudut kapten Reece James pada minit ke-37 terkena kaki Joao Pedro sebelum melepasi garisan gol.

Villa yang bertahan daripada tekanan berterusan Chelsea akhirnya menyamakan kedudukan pada minit ke-63 menerusi Ollie Watkins, yang baru empat minit dimasukkan, selepas memanfaatkan bola muntah daripada penjaga gol Robert Sanchez.

Watkins kemudian memastikan kemenangan Villa dengan tandukan hasil sepakan sudut Youri Tielemans pada minit ke-84.

Kemenangan ini mengekalkan Aston Villa di tangga ketiga dengan 39 mata, tiga mata di belakang pendahulu Arsenal dan 10 mata mengatasi Chelsea yang berada di tempat kelima. - Agensi






Advertisement

Must Watch Video