SUKAN

EPL: Bekas bintang Manchester United jadi jurulatih utama Arsenal

Astro Arena 08/07/2025 | 23:35 MYT
Sebelum siri kecederaan berlaku, Heinze (gambar) dianggap bintang oleh peminat Manchester United sekitar 2004-2007, yang banyak membantu skuad sehingga diketepikan Patrice Evra. - Foto Astro ARENA
BUKAN lagi 'trust the process', demi menghapuskan badi yang berterusan, Arsenal membuat keputusan drastik bagi mencapai misi utama iaitu merangkul kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL), musim depan.

Menurut kemas kini laman X, The Gunners telah menandatangani bekas pertahanan Manchester United, Gabriel Heinze, sebagai jurulatih utama membantu Mikel Arteta memperkasa pasukan.

Untuk rekod, individu berusia 47 tahun itu merupakan bekas tonggak penting Argentina dan melakukan penampilan dalam Piala Dunia 2010 dengan keseluruhan 72 kaps.

Sebelum siri kecederaan berlaku, Heinze dianggap bintang oleh peminat The Red Devils sekitar 2004 hingga 2007 yang banyak membantu skuad kendalian Alex Ferguson sehingga diketepikan oleh Patrice Evra.

Dia kemudiannya berpindah ke Real Madrid pada 22 Ogos 2007 yang menjadikan dirinya sebagai pemain ketiga dari Manchester United ke Los Blancos selepas David Beckham dan Ruud van Nistelrooy.

Mampukah Gabriel Heinze membantu Arteta memperoleh piala domestik di England?

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.



#Arsenal #Manchester United #Gabriel Heinze #jurulatih