awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

EPL: Chelsea pecah rekod pembelian termahal tandatangani Enzo Fernandez

Astro Arena
Astro Arena
01/02/2023
02:40 MYT
EPL: Chelsea pecah rekod pembelian termahal tandatangani Enzo Fernandez
Fernandez berkemungkinan akan melakukan penampilan pertamanya bersama Chelsea ketika melayani kunjungan Fulham di Stamford Bridge hujung minggu ini. - Foto Twitter/Fabrizio Romano
ENZO Fernandez akhirnya melengkapkan perpindahan ke Chelsea, sekali gus menjadi pembelian termahal dalam sejarah Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas The Blues menebus klausa pelepasan sebesar £106.8 juta (RM560.87 juta) daripada Benfica.
Fernandez, yang dinamakan pemain muda terbaik ketika membantu Argentina menjuarai Piala Dunia 2022, sudah sekian lama dikaitkan untuk menyertai Chelsea pada awal jendela perpindahan kali ini sebelum usaha berkenaan terhenti seketika.
Bagaimanapun, Chelsea kembali melakukan usaha berkenaan dan berhasil mendapatkan Fernandez pada hari terakhir jendela perpindahan -- dengan kontrak jangka panjang yang dilaporkan sehingga 2031 - di mana pengesahan berkenaan diumumkan selepas sejam setengah jendela perpindahan ditutup.
Chelsea menghantar segala kertas kerja yang relevan pada waktunya dan Benfica terlebih dahulu mengumumkan kesepakatan berkenaan dalam laman web rasmi mereka.
Fernandez menyertai Benfica daripada River Plate tahun lalu dan segera memainkan peranan penting sejak perpindahan itu untuk membantu pasukan gergasi Portugal berkenaan mendahului peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Eropah (UCL).
Dia kelihatan akan kekal di Lisbon sehingga penghujung musim ini tetapi Chelsea melakukan usaha untuk mendapatkannya, di mana pengurus mereka, Graham Potter, berhasrat untuk memperkuatkan bahagian tengah The Blues.
Yuran perpindahannya memecahkan rekod termahal dalam EPL, mengatasi perbelanjaan £100 juta (RM525.16 juta) yang dikeluarkan Manchester City untuk mendapatkan Jack Grealish daripada Aston Villa pada 2021.
Fernandez berkemungkinan akan melakukan penampilan pertamanya bersama Chelsea ketika melayani kunjungan Fulham di Stamford Bridge hujung minggu ini, di mana The Blues sedang berusaha untuk keluar daripada prestasi buruk mereka, yang kini berada di tangga ke-10 EPL. - Stadium Astro
Topic Berkaitan
#Enzo Fernandez
#Chelsea
#EPL
#Piala Dunia 2022
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan