awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
KPDN Kelantan rampas barangan hampir RM4.7 juta sepanjang tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

EPL: Dua gol Son Heung-min bantu Spurs ikat Arsenal

Astro Arena
Astro Arena
25/09/2023
01:20 MYT
EPL: Dua gol Son Heung-min bantu Spurs ikat Arsenal
Son menyamakan kedudukan Spurs buat kali pertama dengan jaringan sejurus sebelum rehat, membatalkan gol sendiri Cristian Romero pada minit ke-26. - Foto AP
SON Heung-min menjaringkan dua gol penyamaan ketika Tottenham mengikat Arsenal 2-2 dalam aksi derby London utara saingan Liga Perdana Inggeris di Stadium Emirates.
Son menyamakan kedudukan Spurs buat kali pertama dengan jaringan sejurus sebelum rehat, membatalkan gol sendiri Cristian Romero pada minit ke-26.
Kekecewaan sekali lagi hadir buat Romero sembilan minit selepas rehat berikutan pemeriksaan VAR, bola kelihatan terkena tangan pertahanan Argentina itu dan Saka menyempurnakan penalti.
Kelebihan tipis Arsenal itu bagaimanapun bersifat sementara, kesilapan Jorginho yang kehilangan penguasaan bola kepada James Maddison dan pemain England itu bijak melakukan lorongan buat Son untuk memastikan kedua-dua pasukan berkongsi mata.
Keputusan itu meletakkan Tottenham dan Arsenal masing-masing di tangga keempat dan kelima dalam carta Liga Perdana Inggeris, dengan kedua-duanya empat mata di belakang pendahulu Manchester City. - Stadium Astro
Topic Berkaitan
#Son Heung-min
#EPL
#Tottenham
#Arsenal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan