awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

EPL: Dua gol Toney pastikan Brentford tumbangkan Manchester City

Astro Arena
Astro Arena
12/11/2022
22:00 MYT
EPL: Dua gol Toney pastikan Brentford tumbangkan Manchester City
Ivan Toney meraikan kejayaan menjaringkan gol pertama pasukannya ketika perlawanan EPL antara Manchester City dan Brentford di Stadium Etihad, Manchester, England, 12 Nov 2022. (Foto AP)
MANCHESTER CITY 1 BRENTFORD 2
Ivan Toney memberikan respons terhadap kegagalannya tersenarai dalam barisan skuad kebangsaan England ke Piala Dunia Qatar bulan ini dengan memacu kemenangan 2-1 Brentford ke atas Manchester City dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Etihad malam tadi.
Brentford mendahului seawal minit ke-16 apabila Toney menanduk masuk bola mengatasi penjaga gol, Ederson, tetapi City kembali menyamakan kedudukan menerusi separa voli gemilang Phil Foden dalam waktu kecederaan separuh masa pertama.
Bagaimanapun, pasukan juara bertahan bimbingan Pep Guardiola itu bergelut untuk memecahkan kekebalan benteng pertahanan The Bees sejak dari awal separuh masa kedua.
Keadaan itu jelas mengundang padah apabila Toney menolak masuk gol kemenangan Brentford pada minit kelapan waktu kecederaan.
Keputusan itu menyaksikan City menamatkan saingan sebelum Piala Dunia Qatar dengan kekalahan dan kekal ketinggalan dua mata di belakang Arsenal menjelang kunjungan The Gunners ke laman Wolves awal pagi ini (Ahad)..
Topic Berkaitan
#EPL
#Manchester City
#Brentford
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan