Harga RON95 Turun kepada RM1.99 Bermula 30 September – PM Anwar
SUKAN

EPL: Emery label Aston Villa malas

Astro Arena 22/09/2025 | 01:00 MYT
Aksi pemain Aston Villa Donyell Malen (kanan) ketika perlawanan EPL antara Sunderland dan Aston Villa di Stadium of Light, Sunderland, England, 21 Sept 2025. (Foto AP)
SUNDERLAND 1 ASTON VILLA 1

Pengurus Aston Villa, Unai Emery, menyifatkan anak buahnya sebagai "malas" ketika terikat 1-1 dengan Sunderland yang beraksi 10 pemain di Stadium of Light, awal pagi tadi.

Selepas setengah jam yang tenang, Sunderland tersentak apabila Reinildo Mandava dibuang padang akibat mengasari Matty Cash.

Villa akhirnya mengambil kesempatan daripada pemain tambahan mereka itu apabila Cash menyumbat gol pertama liga musim ini pada minit ke-67, namun Wilson Isidor menyamakan kedudukan tidak lama selepas itu untuk merampas satu mata.

Villa menduduki tempat keenam dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) musim lalu selain menikmati kempen Liga Juara-Juara (UCL), tetapi keputusan seri ini meletakkan mereka di kedudukan tercorot.

Mereka kekal tanpa kemenangan dan Emery menganggap faktor malas menjadi punca pertembungan di Wearside itu tidak memihak kepada mereka.

"Saya tidak kecewa dengan keputusan ini. Saya cuma terkilan dan kecewa dengan corak permainan kami," katanya.

“Saya hairan kami tidak mampu beraksi dengan selesa dan sudah tentu kami perlu cuba memulihkan personaliti, keyakinan serta personaliti untuk bermain.

“Sudah tentu, beberapa pemain seperti Harvey Elliott perlu menyesuaikan diri.

“Dia perlu sedar bahawa dia mempunyai kemahiran untuk bermain lebih banyak hantaran dan kemudian melakukan hantaran yang lebih baik untuk mendapatkan sesuatu yang lebih.

“Kami kadang-kadang malas ketika bertahan.

“Sebagai contoh, apabila kami dibolosi kami masih malas, mungkin itulah akibatnya kami tidak mendominasi atau menerapkan gaya permainan kami.

"Kami mempunyai keyakinan ini dalam tempoh tiga tahun lalu."







#EPL #Aston Villa #Unai Emery #Sunderland