SUKAN

EPL: Everton bangkit tundukkan Brighton

Astro Awani 03/11/2018 | 23:20 MYT
Richarlison (dua, kanan) dan rakan sepasukan meraikan kejayaan menjaringkan gol ketiga Everton pada perlawanan antara Everton dan Brighton & Hove Albion di Goodison Park, Liverpool, Britain, 3 Nov, 2018. REUTERS
EVERTON memanfaatkan peluang selaku tuan rumah setelah berjaya menjinakkan Brighton dengan kemenangan 3-1 pada perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) awal pagi tadi.

Richarlison membuka tirai jaringan dengan menyumbat gol pertama Everton pada minit ke-26.

Sejurus selepas itu, Lewis Dunk bangkit menjaringkan satu-satunya gol buat Brighton pada minit ke-33.

Namun, keputusan seri 1-1 itu tidak lama apabila anak buah Marco Silva terus memberi tekanan dan Seamus Coleman menjaringkan gol kedua Everton pada minit ke-50 perlawanan.

Nyata tidak puas hati, Richarlison terus memberi asakan sebelum menjaringkan gol kemenangan buat Everton pada minit ke-77.

Everton kini berada di kedudukan ke-9 dengan 18 mata.




#bola sepak #Brighton & Hove Albion #EPL #Everton