[TERKINI] Krisis Iran-Israel Meluas | Serangan AS ke Tapak Nuklear Cetus Kebimbangan Global – Ini Apa yang Kita Tahu Setakat Ini
SPORTS

EPL: Everton jual kerusi stadium kepada penyokong

Astro Arena 07/05/2025 | 07:45 MYT
Bagi penyokong Everton, ia akan memberi makna tersendiri, lebih-lebih lagi ada antara kerusi itu yang masih kekal digunakan sejak 1926. - Stadium Astro
EVERTON antara kelab yang mengangkat perseteruan setempat ke tahap yang lebih tinggi.

Ringkasan AI
  • Everton memperkenalkan sos berwarna biru sebagai simbol perseteruan setempat dengan Liverpool, selain pernah melarang penggunaan warna merah dalam penajaan dan perayaan Krismas.
  • Peminat Everton berpeluang membeli kerusi di Goodison Park menjelang perlawanan terakhir di stadium itu, dengan harga 90 pound (RM509) termasuk sijil.
  • Kerusi yang ditawarkan mempunyai nilai sentimental bagi penyokong kerana ada antaranya masih digunakan sejak tahun 1926.

Sejak menggunakan stadium baru di Bramley-Moore Dock, mereka memperkenalkan sos berwarna biru sebagai sebahagian daripada sentimen anti-Liverpool, musuh sekota mereka dalam Liga Perdana Inggeris (EPL).
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sebelum ini, The Toffees pernah mengenakan larangan menghiasi perayaan Krismas dengan warna mereka, bahkan menolak penajaan yang menggunakan logo berwarna merah.
Dan yang terbaharu, kelab itu menawarkan peminat untuk membeli kerusi di Goodison Park menjelang perlawanan terakhir di gelanggang keramat berkenaan, minggu depan.
Setiap pembelian akan disertakan dengan sijil dengan harga 90 pound (RM509) dan bagi penyokong Everton, ia akan memberi makna tersendiri, lebih-lebih lagi ada antara kerusi itu yang masih kekal digunakan sejak 1926. -- Stadium Astro
#Everton #jual kerusi #EPL #Liverpool