awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PBB gesa lebih banyak negara terima pesakit Gaza selepas sempadan Rafah dibuka semula
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

EPL: Haaland mampu cecah 60 gol, kata Shearer

Astro Arena
Astro Arena
10/04/2023
03:44 MYT
EPL: Haaland mampu cecah 60 gol, kata Shearer
Haaland menjaringkan dua gol ketika pasukannya menewaskan Southampton awal pagi semalam, sekali gus merekodkan 44 gol daripada 38 penampilan musim ini. - Stadium Astro
ALAN SHEARER berkata penyerang Manchester City, Erling Haaland, mampu menjaringkan 60 gol musim ini selepas pemain itu kian hampir untuk memecahkan rekod legenda Newcastle United berkenaan dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).
Haaland menjaringkan dua gol ketika pasukannya menewaskan Southampton awal pagi semalam, sekali gus merekodkan 44 gol daripada 38 penampilan dalam musim pertamanya bersama City.
Ia lebih 13 gol berbanding pencabar lain dalam lima liga utama Eropah dengan bintang Paris Saint-Germain (PSG), Kylian Mbappe, muncul penjaring kedua terbanyak dengan 31 gol daripada 35 penampilan.
Daripada jumlah itu, 30 jaringan berkenaan dihasilkan Haaland dalam saingan EPL dan ia bermakna, dia hanya memerlukan empat gol lagi untuk menyamai rekod 34 gol yang dilakukan Shearer dalam satu musim EPL -- rekod yang turut dikongsikannya bersama Andy Cole.
Shearer menjangkakan Haaland mampu mengatasi rekodnya itu dengan berbaki 16 perlawanan dalam kesemua kejohanan musim ini dan dia juga percaya penyerang itu mampu mencipta sejarah yang lebih besar.
"Jika dia mampu untuk kekal cergas, Haaland akan memecahkan rekod, yang saya kongsikan bersama Ady Cole, dengan 34 gol dalam satu musim EPL," kata Shearer dalam kolumnya bersama The Athletic.
"Dengan purata jaringannya dalam kesemua kejohanan, dengan 44 gol daripada 38 penampilan, dia pasti akan melepasi 50 gol dan itu juga pasti mudah buat dirinya.
"Siapa tahu, kita juga mungkin akan bercakap bertapa dia mencapai 60 gol seperti yang dilakukan Dixie Dean. Menakutkan," katanya. -- Stadium Astro
Topic Berkaitan
#Erling Haaland
#Manchester City
#EPL
#Alan Shearer
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan