SPORTS
EPL: Haaland pukul maskot Man City, kontrak pekerja tidak disambung
Foto Astro ARENA
PENYERANG sensasi Manchester City, Erling Haaland, berpotensi dikenakan hukuman selepas bertindak melakukan perkara tidak berwajar sebelum pertemuan menentang Southampton ketika suku akhir Piala FA, baru-baru ini.
Menurut laporan antarabangsa, pemain berusia 24 tahun itu didakwa memukul kepala maskot kelabnya sehingga mengakibatkan kecederaan di leher dan mengalami gegaran otak.
Wanita yang bekerja sebagai penghibur itu menduga bahawa bola tersasar terkena kepalanya, tetapi menyedari bahawa Haaland yang berbuat demikian.
Bagaimanapun, The Citizen sudah menjalankan siasatan dalaman dan membuat keputusan untuk membersihkan nama penyerang Norway itu dan bebas daripada sebarang salah laku.
Namun, perkara sebaliknya terjadi apabila wanita berkenaan diberhentikan kerana kontraknya tidak disambung oleh pihak pengurusan.
Akibat ketidakpuasan hati itu, pekerja itu membuat aduan serangan kepada polis dan menuduh gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL) itu cuba menutup kesalahan tersebut demi melindungi anak buah Pep Guardiola itu.