EPL: Harry Kane pecah rekod penjaring terbanyak di laman lawan

Astro Arena
Mac 17, 2022 04:04 MYT
Kane mengatasi rekod bekas penyerang Manchester United dan Everton, Wayne Rooney walaupun beraksi kurang 104 perlawanan dalam kejohanan itu. - Foto Astro Arena
HARRY KANE memecahkan rekod penjaring terbanyak di laman lawan sepanjang sejarah Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas menemui sasaran dalam perlawanan menentang Brighton and Hove Albion di Stadium Amex awal pagi tadi.
Pemain berusia 28 tahun itu meletakkan Spurs berkelebihan 2-0 dalam babak kedua perlawanan itu, sekali gus mendaftarkan 95 gol daripada 139 penampilan di laman lawan dan mengatasi penyandang terdahulu, Wayne Rooney (94 jaringan).
Kane mengatasi rekod bekas penyerang Manchester United dan Everton itu walaupun beraksi kurang 104 perlawanan dalam kejohanan itu.
Tiga lagi nama lain di belakang kapten England berkenaan adalah Alan Shearer, Frank Lampard dan Andrew Cole -- kesemuanya memerlukan lebih daripada 200 perlawanan untuk tersenarai.
Dengan jaringan itu, Kane turut menghimpunkan 12 gol dalam EPL dan 22 dalam kesemua kejohanan sepanjang tahun ini.
#EPL #Harry Kane #Wayne Rooney #Liga Perdana Inggeris