awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

EPL: Ivan Toney digantung lapan bulan gara-gara langgar peraturan perjudian

Astro Arena
Astro Arena
18/05/2023
03:30 MYT
EPL: Ivan Toney digantung lapan bulan gara-gara langgar peraturan perjudian
Ivan Toney ketika perlawanan EPL antara Brentford dan Bournemouth di Stadium Komuniti, London, England, 14 Jan 2023. - Gambar fail AP
PENYERANG Brentford, Ivan Toney, digantung selama lapan bulan selepas mengakui melanggar peraturan berkenaan perjudian.
Toney didakwa Persatuan Bolasepak England (FA) pada November lalu atas 262 dakwaan berkaitan pelanggaran itu dalam tempoh empat tahun.
Pemain berusia 27 tahun itu -- yang menamatkan penantiannya untuk mewakili skuad kebangsaan England pada Mac lalu -- mengakui bersalah terhadap 232 dakwaan itu manakala 30 dakwaan lain digugurkan.
Hukuman itu dikenakan susulan perbicaraan yang dilakukaan satu suruhanjaya kawal selia bebas dan Toney turut didenda sebanyak £50,000 (RM282,440).
Dia tidak akan dapat beraksi sehingga 17 Januari 2024 tetapi dapat kembali menjalani latihan bersama Brentford bemula 17 September depan.
"Ivan Toney telah digantung daripada bola sepak dan segala aktiviti berkaitan bola sepak selama lapan bulan berkuat kuasa serta-merta, di mana ia akan memakan masa sehingga 16 Januari 2024.
"Selain itu, dia juga dikenakan denda £50,000 dan diberikan amaran keras agar tidak mengulangi pelanggaran terhadap undang-undang perjudian FA," kata badan induk itu dalam satu kenyataan.
"Penyerang Brentford itu didakwa melakukan 262 pelanggaran Peraturan E8 FA dari 25 Februari 2017 hingga 23 Januari 2021. FA kemudian menggugurkan 30 pertuduhan daripada jumlah itu dan dia mengaku bersalah terhadap baki 232 dakwaan."
Ivan Toney has been suspended from all football and football-related activity with immediate effect for eight months, fined £50,000 and warned as to his future conduct for breaches of The FAs Betting Rules. Full statement: https://t.co/yzSHhWR7Hv pic.twitter.com/bpd5ZRIix8
— FA Spokesperson (@FAspokesperson) May 17, 2023
Topic Berkaitan
#Ivan Toney
#langgar peraturan
#undang-undang perjudian FA
#Ivan Toney digantung
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan