MAURICIO Pochettino berkata Chelsea perlu berkembang sebagai satu pasukan selepas mereka tewas 1-0 di Stamford Bridge kepada Aston Villa sekaligus merekodkan kekalahan ketiga musim ini.
Perlawanan bertukar apabila pemain Chelsea, Malo Gusto dibuang padang selepas 58 minit apabila kedudukan masih 0-0.
Terjahannya ke atas Lucas Digne yang diteliti menerusi VAR dan pengadil perlawanan, Jarred Gillett, yang pada mulanya melayangkan kad kuning awal menukar keputusannya dan memberikan kad merah.
Pochettino membawa masuk Ben Chilwell dan memindahkan Axel Disasi ke posisi pertahanan kanan, namun kekurangan pemain tidak banyak mengubah pendekatan menyerang Chelsea ketika terus memburu kemenangan.
Bagaimanapun, ia ternyata percaturan memakan diri sendiri apabila Villa berjaya mengambil kesempatan di atas kelebihan pemain di atas padang, pemain Villa, Moussa Diaby, berjaya merampas bola sebelum melakukan lorongan cemerlang buat Ollie Watkins meledak gol kemenangan pelawat.
Ia adalah kali kedua dalam dua musim Watkins menjaringkan gol dalam kemenangan Villa di Stamford Bridge, ketika pasukan bimbingan Unai Emery memanfaatkan sepenuhnya kekurangan Chelsea.
Pochettino enggan mengkritik pegawai perlawanan dan berkata pemain yang seharusnya bertanggungjawab atas permulaan buruk pasukan musim ini.
“Ia adalah tanggungjawab kami dan tanggungjawab pemain,” kata Pochettino.
“Kami tidak boleh menyalahkan VAR atau pengadil. Keadaannya, kita perlu bertindak berbeza, dengan cara yang berbeza.
"Saya tidak akan menyalahkan atau berkata apa-apa terhadap Malo Gusto. Situasi seperti ini berlaku dalam bola sepak dan ia menjejaskan permainan dan pasukan secara negatif.
“Kami perlu berkembang seperti satu pasukan, bukan sahaja secara individu. Pemain seperti Nico (Jackson) masih muda, mula menyesuaikan diri dengan Liga Perdana Inggeris dan dia sedang belajar, dia memerlukan masa.
“Sebab itu kami berasa kecewa kerana kami bermain terlalu banyak situasi seperti ini. Satu lagi perincian kecil dan pada akhirnya kami kalah dalam permainan. Kami berada dalam situasi yang perlu kami ubah secepat mungkin.” - Stadium Astro
Astro Arena
Mon Sep 25 2023
Pochettino enggan mengkritik pegawai perlawanan dan berkata pemain yang seharusnya bertanggungjawab atas permulaan buruk pasukan musim ini. - Foto REUTERS
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Pochettino kemudi skuad bola sepak AS
Bekas jurulatih Tottenham Hotspur, Chelsea, PSG dan Espanyol itu menggantikan Gregg Berhalter dari Amerika yang dipecat pada Julai.
EPL: Maresca ganti Pochettino di Chelsea
Bekas pengendali Leicester City itu memeterai kontrak lima tahun dengan pilihan untuk melanjutkan tempoh itu setahun lagi.
Tiga faktor sumbang pemecatan Pochettino
Pochettino menamatkan musim ini dengan lima kemenangan berturut-turut, membawa Chelsea ke tempat keenam dalam EPL.
EPL: Mauricio Pochettino pimpin Chelsea benam Spurs
Satu gol pada setiap separuh masa daripada Trevoh Chalobah dan Nicolas Jackson memberikan The Blues kemenangan yang tidak ternilai.
Pemain Chelsea masih belum cukup matang - Mauricio Pochettino
"Menonton bola sepak pada usia 52 tahun, anda perlu mengenal pasti dengan cepat sekiranya pasukan itu bersedia untuk bersaing ataupun sebaliknya."
'Kami harap penyokong berada di belakang kami'
Pengendali kelahiran Argentina itu bergelut membina asas kukuh skuad Chelsea mewah, namun berada di tangga ke-11 dalam EPL.
Chelsea intai kejutan ke atas Liverpool di Wembley
Misi Pochettino masih jauh dengan Chelsea di tempat ke-10 Liga Perdana Inggeris, 25 mata di belakang Liverpool.
EPL: Pemain Chelsea buat Pochettino hilang sabar
Pochettino "marah dan kecewa" selepas menyaksikan Chelsea dibelasah 1-4 di Newcastle dalam pertembungan EPL malam tadi.
Piala EFL: Pochettino tagih sokongan peminat Chelsea
Pengurus Chelsea itu memahami kekecewaan penyokong sambil mencadangkan terdapat alasan di sebalik persembahan mereka yang tidak tekal.
EPL: Kalah lagi, Pochettino mahukan Chelsea berkembang sebagai satu pasukan
Perlawanan bertukar apabila pemain Chelsea, Malo Gusto dibuang padang selepas 58 minit apabila kedudukan masih 0-0.