[TERKINI] Gelombang Serangan Baharu Iran-Israel | Trump Timbang Tindakan Ketenteraan AS. Klik untuk laporan penuh.
SPORTS

EPL: Kami terkejar-kejar tapi permainan langsung tak berubah - Amorim

Astro Arena 06/04/2025 | 23:30 MYT
Ruben Dias (kiri), Alejandro Garnacho (tengah) dan Matheus Nunes berebut bola ketika perlawanan EPL antara Manchester United dan Manchester City di Old Trafford, Manchester, England, 6 Apr 2025. (Foto AP)
TIADA apa yang tinggal, sebaliknya memahami keperluan utama untuk memburu misi terpenting mengembalikan semula zaman kegemilangan Manchester United pada masa akan datang.
Itulah lontaran ketua jurulatih, Ruben Amorim, yang mendesak pasukannya melakukan perubahan demi merealisasikan projek United.
The Red Devils kekal di landasan terburuk untuk menamatkan Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas seri 0-0 dengan Manchester City di Old Trafford malam tadi.
Mereka kini menduduki tangga ke-13 dengan 38 mata, dibezakan tujuh mata di belakang Bournemouth yang berada di tempat ke-10 dengan berbaki tujuh aksi lagi.
Amorim, bagaimanapun, masih mempunyai harapan tunggal iaitu aksi suku akhir Liga Europa (UEL) dengan Lyon sebagai penghalang apabila trofi itu satu-satunya laluan untuk menyelamatkan kempen yang mengecewakan.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Meskipun pernah meluahkan kesabaran, Amorim sedar masa adalah penting untuk membawa United pulang ke tempat asal sebagai salah satu gergasi paling digeruni di dunia.
“Saya tidak naif atau gila, saya dapat melihat saat kami sekarang sedang melihat lawan dan memahami terdapat jurang yang besar, tetapi sebagai seorang pemimpin saya tidak boleh mengatakan kami perlu mengambil masa yang lama untuk merapatkan jurang.
"Walaupun kami membawa masuk lebih ramai pemain, kami perlu tergesa-gesa untuk menunjukkan kesegeraan melakukan lebih baik kerana kami tidak mempunyai banyak masa di kelab seperti ini.
"Kami tergesa-gesa," kata bekas pengurus Sporting CP itu.
United kini hanya mengutip tiga mata dalam sembilan perlawanan liga di tempat sendiri.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Kami mempunyai begitu banyak aspek untuk diperbaiki. Di mana-mana sahaja kami perlu menambah baik dalam setiap perkara, membina, peralihan, keputusan dalam setiap permainan.
“Setiap pemain boleh meningkat, mereka berada di sini kerana mereka menunjukkan sesuatu," tambahnya.
Ini merupakan derby Manchester ketiga yang menamatkan saingan 0-0 sejak musim 2016/17 merentasi semua pertandingan, kerana kedua-dua pasukan berpuas hati dengan keputusan seri yang menyimpulkan musim masing-masing yang mengecewakan.
"Jika anda melihat pada saat kedua-dua pasukan, tidak berjuang untuk gelaran, itu mengubah permainan sepenuhnya.
"Perasaan menang, tidak boleh kehilangan satu mata, perasaan itu tiada di sini. Sebagai jurulatih, sukar untuk mengatakannya.
"Kami perlu berjuang untuk perkara besar, jika kami melakukannya maka perasaan itu akan berbeza sama sekali," katanya lagi.
#Manchester United #Manchester City #Liga Perdana Inggeris #EPL