[TERKINI] Gelombang Serangan Baharu Iran-Israel | Trump Timbang Tindakan Ketenteraan AS. Klik untuk laporan penuh.
SPORTS

EPL: Kemarahan Arteta berbaloi, hukuman kad merah pemain Arsenal dibatalkan

Astro Arena 29/01/2025 | 01:45 MYT
Foto Astro ARENA
Penggantungan tiga perlawanan pertahanan Arsenal, Myles Lewis-Skelly, telah dibatalkan oleh Persatuan Bolasepak England (FA) selepas kelab itu menghantar rayuan susulan kontroversi layangan kad merah dalam satu aksi Liga Perdana Inggeris (EPL).
Terdahulu, pemain berusia 18 tahun itu menerima kad merah oleh pengadil permainan, Michael Oliver, selepas didapati mengasari tonggak Wolverhampton Wanderers, Matt Doherty, Sabtu lalu
"Suruhanjaya bebas telah menghapuskan penggantungan tiga perlawanannya," kata FA dalam satu kenyataan.
Sekiranya hukuman itu kekal, Lewis-Skelly akan terlepas pertemuan Manchester City pada Ahad, perlawanan separuh akhir kedua Piala Liga Inggeris (EFL) menentang Newcastle United dan aksi liga menentang Leicester City pada 15 Februari. - StadiumAstro
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Arsenal #kad merah #EPL #Myles Lewis-Skelly