[TERKINI] Perang Israel-Iran Bakal Tamat? | Trump Umum Gencatan Senjata Penuh. Klik di sini untuk laporan penuh dan reaksi global.
SPORTS

EPL: Kevin De Bruyne ucap selamat tinggal kepada Manchester City

Astro Arena 05/04/2025 | 02:30 MYT
De Bruyne merupakan sebahagian pemain yang membantu Pep Guardiola meraih kejuaraan 'treble' musim 2022-23 dan memenangi 16 trofi bersama The Citizens, termasuk enam gelaran EPL, satu kejuaraan UCL, dua Piala FA dan lima EFL. - Foto Astro ARENA
KEVIN De Bruyne mengumumkan bahawa dia akan meninggalkan Manchester City pada penghujung musim ini.
Kapten City itu, yang kontraknya akan tamat pada penghujung musim ini, mengesahkan dalam media sosial bahawa ini akan menjadi bulan-bulan terakhirnya sebagai pemain Manchester City.
De Bruyne menyertai City daripada Wolfsburg pada Ogos 2015 dan sejak itu, dia telah melakukan 413 penampilan buat kelab itu dalam semua pertandingan.
Dia merupakan sebahagian pemain yang membantu Pep Guardiola meraih kejuaraan 'treble' musim 2022-23 dan telah memenangi 16 trofi bersama The Citizens, termasuk enam gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL), satu kejuaraan Liga Juara-Juara Eropah (UCL), dua Piala FA dan lima Piala Liga Inggeris (EFL).
De Bruyne juga menjaringkan 106 gol buat City dalam semua pertandingan dan menghasilkan 169 bantuan jaringan.
Dia mendaftarkan 118 gol dalam EPL dan menjadi pemain tercepat mencecah 100 gol dalam kejohanan itu pada April 2023, hanya dalam 237 perlawanan.
#Manchester City #EPL #Kevin de Bruyne #Piala FA