SUKAN

EPL: Leeds sekat kemenangan Liverpool pada aksi tahun baharu

Astro Arena 02/01/2026 | 00:15 MYT
Aksi pemain Leeds Sebastiaan Bornauw (kiri) cuba menyekat kemaraan Hugo Ekitike ketika perlawanan EPL antara Liverpool dan Leeds United di Liverpool, England, 1 Jan 2026. (Foto AP)
LIVERPOOL memulakan Tahun Baru dengan melakar keputusan seri tanpa jaringan dengan Leeds United sekali gus mencalarkan aspirasi mereka mengejar gelaran Liga Perdana Inggeris musium ini.

Skuad kendalian Arne Slot menghuni tangga keempat dengan 33 mata selepas 19 perlawanan, 12 mata di belakang pendahulu Arsenal, manakala Leeds di tangga ke-16 dengan 21 mata, tujuh mata di atas zon penyingkiran.

Liverpool, yang melewati empat kemenangan dalam semua pertandingan, kelihatan kurang menyengat berdepan corak pertahanan Leeds sementara melepaskan beberapa peluang terhidang untuk mendahului perlawanan.

Peluang terbaik mereka hadir menerusi tandukan Hugo Ekitike hasil hantaran lintang Jeremie Frimpong.

Kapten Liverpool, Virgil van Dijk, turut terlepas peluang pada separuh masa kedua apabila tandukannya tersasar.

Allison hampir menghadiahkan jaringan kepada lawan selepas gagal mengeluarkan bola dari zon bahaya.





#Liverpool #EPL #Liga Perdana Inggeris #Leeds United