[TERKINI] Gelombang Serangan Baharu Iran-Israel | Trump Timbang Tindakan Ketenteraan AS. Klik untuk laporan penuh.
SPORTS

EPL: Liverpool bermula garang era Slot

Astro Arena 17/08/2024 | 20:30 MYT
Mohamed Salah (tengah) meraikan kejayaan menjaringkan gol kedua pasukannya ketika perlawanan EPL antara Ipswich Town dan Liverpool di stadium Portman Road, Ipswich, England, 17 Ogos 2024. (Foto AP)
IPSWICH 0 LIVERPOOL 2
Arne Slot bermula memulakan kariernya mengemudi Liverpool dengan langkah kanan apabila membuka kempen Liga Perdana Inggeris 2024-25 dengan kemenangan 2-0 ke atas Ipswich Town, malam tadi.
Ipswich menyajikan persembahan hebat dalam perlawanan EPL pertama mereka itu sejak 2002, tetapi Liverpool ternyata lebih handal untuk memulakan era Slot dengan kemenangan selesa di Portman Road.
Gol mereka dihasilkan Diogo Jota selepas sejam permainan dengan penyudah jarak dekat.
Dan selepas mencipta bantuan gol, Mohamed Salah bertindak sendiri untuk jaringan pada minit ke-65 dan pelawat tidak pula mengendurkan serangan hingga wisel penamat.
Jota telah mensia-siakan peluang keemasan sejurus sebelum meletakkan Liverpool di hadapan, walaupun The Reds boleh dikatakan kedua terbaik untuk sebahagian besar separuh masa pertama.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#EPL #Liverpool #Arne Slot #Ipswich Town