SUKAN
EPL: Liverpool cicir mata diikat kelab kedua tercorot
Florian Wirtz (No. 7) menerima ucapan tahniah selepas menjaringkan gol pembukaan ketika perlawanan EPL antara Liverpool dan Burnley di Liverpool, England, 17 Jan 2026. (Foto AP)
LIVERPOOL melepaskan peluang tiga mata penuh apabila diikat 1-1 oleh kelab di kedudukan kedua tercorot Liga Perdana Inggeris (EPL), Burnley, dalam perlawanan di Anfield lewat malam tadi.
Dalam perlawanan itu, tuan rumah terlebih dahulu memperoleh peluang untuk berada di depan selepas menerima sepakan penalti susulan insiden Cody Gakpo dijatuhkan Florentino Luis.
Bagaimanapun, tendangan yang diambil Dominik Szoboszlai pada minit ke-33 sekadar hinggap di palang.
Kekecewaan itu, bagaimanapun, ditebus pada minit ke-42 apabila Florian Wirtz memanfaatkan sepenuhnya hantaran ke belakang Curtis Jones untuk meledakkan penyudah gemilang ke gawang lawan.
Namun, hasrat The Reds untuk menamatkan perlawanan itu dengan tiga mata tidak kesampaian apabila lorongan cantik Florentino berhasil menemui Marcus Edwards, yang kemudian melepaskan penyudah serong untuk menewaskan Alisson pada minit ke-65.
Dengan keputusan itu, Liverpool kekal di tangga keempat liga dengan 36 mata daripada 22 perlawanan dan hanya dibezakan satu mata dengan seteru tradisi, Manchester United, di tangga kelima.