SUKAN
EPL: Liverpool kembali di landasan kekalahan, duduk di bawah Man Utd
Aksi Haaland (kanan) menanduk bola ketika bermain pada perlawanan EPL antara Manchester City dan Liverpool di Manchester, England, 9 Nov 2025. (Foto AP)
TIGA jaringan tanpa balas cukup menghadiahkan kemenangan besar buat Manchester City di Stadium Etihad, malam tadi.
Skuad kendalian Pep Guardiola itu tidak mensia-siakan peluang bermain di tempat sendiri untuk menumpaskan juara Liga Perdana Inggeris (EPL) musim lalu, Liverpool, sekali gus mengukuhkan kedudukan di tempat kedua merapatkan jurang dengan Arsenal.
Anak buah Arne Slot kembali mencatatkan kekalahan dalam EPL, menandakan prestasi buruk terus melanda kem The Reds.
Dua gol menerusi Erling Haaland dan Nico Gonzalez jelas menghukum Liverpool yang buntu menemui sebarang peluang untuk bangkit.
Dan, Jeremy Doku mengambil kesempatan untuk menoktahkan kemenangan 3-0 pada minit ke-63 mengakibatkan penyokong pelawat diam tak bersuara dan pulang dengan hampa.
Meskipun berkongsi mata, namun Liverpool berada di bawah Manchester United pada kedudukan kelapan carta.