EPL: Liverpool masih tak puas hati dengan PGMOL

Astro Arena
Oktober 2, 2023 04:15 MYT
Luis Diaz (kiri) ketika menjaringkan gol yang kemudiannya dibatalkan dalam perlawanan EPL antara Tottenham Hotspur dan Liverpool di Stadium Tottenham Hotspur, London, Britain, 30 Sept 2023. - REUTERS
LIVERPOOL mengkritik Professional Game Match Officials Limited (PGMOL) dan memberikan amaran bahawa mereka akan "mengkaji setiap pilihan yang ada" berikutan kontroversi penggunaan video bantuan pengadil (VAR) ketika tewas di tangan Tottenham awal pagi semalam.
PGMOL mengakui pegawai VAR, Darren England dan Dan Cook, gagal dalam penilaian mereka ketika membatalkan gol minit ke-34 Luis Diaz di Stadium Tottenham Hotspur dan tangkap layar situasi itu juga menunjukkan Christian Romero berada di kedudukan onsaid ketika melakukan hantaran kepada Diaz.
Kejadian itu berlaku ketika kedua-dua pasukan masih terikat tanpa jaringan tetapi selepas itu, Curtis Jones turut diarahkan keluar padang secara kontroversi dengan campur tangan England dan Liverpool menamatkan perlawanan dengan tewas 1-2.
Kedua-dua pegawai itu digantung tugas sehingga penghujung minggu tetapi Liverpool tetap mahu keadilan ditegakkan.
Mereka berkata dalam satu kenyataan: "Kelab Bolasepak Liverpool menyedari pengakuan yang dilakukan PGMOL mengenai kegagalan mereka malam tadi. Ia amat jelas bahawa aplikasi undang-undang yang tepat tidak dilihat dalam perlawanan itu yang mengakibatkan integriti sukan diabaikan.
“Kami menyedari sepenuhnya tekanan yang dihadapi oleh pegawai perlawanan tetapi tekanan itu sepatutnya dikurangkan, bukan diburukkan lagi dengan kewujudan dan pelaksanaan VAR.
“Oleh itu, ia menerbitkan ketidakpuasan hati kami memandangkan masa yang mencukupi tidak diberikan untuk membolehkan keputusan yang betul dibuat dan tiada campur tangan selanjutnya.

Liverpool Football Club acknowledges PGMOLs admission of their failures last night. It is clear that the correct application of the laws of the game did not occur, resulting in sporting integrity being undermined.

— Liverpool FC (@LFC) October 1, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Kegagalan seperti itu, yang dikategorikan sebagai "kesilapan insan", juga tidak dapat diterima. Apa sahaja keputusan sepatutnya diputuskan hanya selepas penilaian yang penuh dengan ketelusan.
"Buat masa ini, kami akan mengkaji setiap pilihan yang ada kerana terdapat keperluan yang jelas terhadap peningkatan dan penyelesaian terhadap perkara ini."
#Liverpool #EPL #VAR #PGMOL