EPL: Liverpool tandatangani Szoboszlai daripada RB Leipzig

Astro Arena
Julai 3, 2023 02:00 MYT
Aksi Dominik Szoboszlai ketika pasukannya memenangi Piala DFB selepas perlawanan akhir antara RB Leipzig dan Eintracht Frankfurt di Olympiastadion, Berlin, Jerman, 3 Jun 2023. - REUTERS
LIVERPOOL melengkapkan proses menandatangani pemain tengah baru, Dominik Szoboszlai, daripada RB Leipzig dengan kesepakatan bernilai £60 juta (RM355.10 juta) bergantung kepada kelulusan permit kerja.
Agensi berita, PA, melaporkan pemain kebangsaan Hungary berusia 22 tahun itu bersetuju untuk menandatangani kontrak lima tahun bersama The Reds.
Soboszlai merupakan pemain kedua ditandatangi Liverpool musim panas ini bagi memperkuatkan jentera tengah mereka selepas ketibaan Alexis Mac Allister daripada Brighton dengan perpindahan £35 juta (RM207.14 juta).
Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp, berpandangan bekas bintang Salzburg itu dapat menawarkan fleksibiliti sebagai pemain serba boleh buat pasukannya.
#Liverpool #EPL #Dominik Szoboszlai #RB Leipzig