Sabah Memilih: Senarai Calon Rasmi Diumum, Kempen Pilihan Raya Bermula – Ikuti Berita Terkini dari Setiap Lokasi!
SUKAN

EPL: Liverpool tempuh satu lagi episod aib di Anfield

Astro Arena 22/11/2025 | 23:45 MYT
Pemain Nottingham Forest Morgan Gibbs-White (10) berebut bola dengan pemain Liverpool Dominik Szoboszlai ketika perlawanan EPL antara Liverpool dan Nottingham Forest di Liverpool, England, 22 Nov 2025. (Foto AP)
LIVERPOOL berdepan satu lagi episod aib di Anfield apabila tewas 0-3 kepada pasukan kelompok bawahan, Nottingham Forest, dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) lewat malam tadi.

Selepas dibelasah 0-3 oleh Manchester City di laman lawan sebelum waktu rehat antarabangsa pada pertengahan bulan ini, pasukan bimbingan Arne Slot itu sedar mereka perlu mencatatkan kemenangan dalam aksi kali ini

Ia bagi mengembalikan kepercayaan pasukan dan penyokong atau sekurang-kurangnya dapat seketika memintas seteru tradisi mereka, Manchester United, yang akan berdepan Everton di Old Trafford awal pagi Selasa ini.

Bagaimanapun, gol pembukaan Murillo dalam babak pertama dan penyudah gemilang Nicolo Savona dan Morgan Gibbs-White dalam separuh masa berikutnya memusnahkan hasrat itu untuk Forest melonjak kedudukan ke tangga ke-16 liga sambil Liverpool pula berada di tangga ke-11.

Sebagai rekod, The Reds kini hanya menang sekali sepanjang tujuh perlawanan liga terakhir, di mana mereka turut tewas kepada United di Anfield pada Oktober lalu.





#Liverpool #EPL #Liga Perdana Inggeris #Nottingham Forest