EPL: Man City tidak cukup bagus untuk atasi Southampton - Guardiola

Astro Arena
September 19, 2021 02:23 MYT
Pep Guardiola (kanan) menunggu untuk mengeluarkan Kevin De Bruyne (tengah, terlindung) ketika perlawanan EPL antara Manchester City dan Southampton di Stadium Etihad, Manchester, England, 18 Sept, 2021. (Foto AP)
PEP Guardiola berasakan Manchester City tidak cukup baik untuk mengalahkan Southampton ketika merakamkan keputusan seri di Stadium Etihad.
Juara bertahan itu sekadar melakukan satu percubaan tepat ke sasaran -- menerusi Phil Foden pada minit ke-90 -- dalam perlawanan yang cukup hambar, bilangan percubaan terendah dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) sejak Mac 2017.
City lega apabila penalti yang diberikan selepas kekasaran dilakukan Kyle Walker dibatalkan, memastikan pertahanan England itu kekal di padang selepas dilayangkan kad merah.
Percubaan Raheem Sterling pada penghujung permainan turut dibatalkan kerana berada dalam kedudukan ofsaid sekaligus menyaksikan City tercicir mata, selepas Guardiola memiliki suasana tegang dengan penyokong pasukan berikutan kemenangan 6-3 dalam Liga Juara-Juara (UCL) mengatasi RB Leipzig.
Pengendali City itu menjelaskan bawa pasukannya tidak cukup bagus untuk memperoleh tiga mata.
Dia berkata kepada Sky Sports: "Kami seri berdepan lawan yang cukup baik ketika bertahan. Mereka memiliki pemain tengah berkualiti seperti [Oriol] Romeu, salah seorang pemain tengah terbaik EPL.
"Ia merupakan perlawanan yang sengit, kami kurang selesa dan kerap hilang bola berbanding kebiasaan dan kami menghasilkan perasaan yang kurang senang buat kami sendiri, itu sebab kami bergelut."

1 - Manchester City directed just one shot on target in the whole game against Southampton (via Phil Foden in the 90th minute), their lowest tally in a Premier League match since March 8th 2017 when they also managed just one, against Stoke City. Misfiring. pic.twitter.com/GG7OsSAC5S

— OptaJoe (@OptaJoe) September 18, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Setiap perlawanan adalah berbeza. Setiap kali anda menghadapi perlawanan selepas saingan Liga Juara-Juara (UCL) ia sentiasa memberikan cabaran.
"Kami kurang laju, ketenangan dan ketepatan seperti biasa dan itu juga merupakan sebab kami bergelut."
#EPL #Manchester City #Pep Guardiola