SUKAN
EPL: Man United cemerlang di Emirates, Amad sindir Arsenal hanya harap sepakan sudut
Amad Diallo meraikan bersama Michael Carrick selepas tamat perlawanan EPL antara Arsenal dan Manchester United di Stadium Emirates, London, Britain, 25 Jan 2026. REUTERS
ARSENAL 2-3 MAN UTD
Ringkasan AI
AKSI dramatik di Stadium Emirates berakhir dengan kemenangan manis buat Manchester United, namun tumpuan selepas perlawanan turut terarah kepada gelagat Amad Diallo yang mencuri perhatian di media sosial.
Pemain sayap muda itu tidak melepaskan peluang mengusik penyokong Arsenal selepas United bangkit daripada ketinggalan satu gol untuk menewaskan tuan rumah 3-2, sekali gus mencatat kemenangan kedua berturut-turut di bawah kendalian Michael Carrick.
Kekalahan itu menjadi tamparan buat Arsenal yang kini berdepan tempoh sukar apabila gagal meraih kemenangan dalam tiga perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL), sekali gus memberi kesan kepada kempen kejuaraan mereka.
Amad yang beraksi hampir 90 minit sebelum dibawa keluar pada minit ke-88, dilihat meluangkan masa berbalas komen dengan penyokong di platform X sejurus tamat perlawanan.
Sindiran itu bermula apabila seorang penyokong Arsenal meramalkan kemenangan besar 4-0 buat pasukan kesayangannya, sebelum Amad membalas ringkas dengan nada sinis, “Enjoy, kid.”
Teguran balas daripada penyokong berkenaan tidak menghalang Amad untuk meneruskan usikan apabila dia menambah: “Harapan kamu cuma sepakan sudut. "Be humble, kid," yang jelas mengundang reaksi pelbagai pihak.
Ungkapan “be humble” itu mengimbau kembali episod membabitkan penyerang Manchester City, Erling Haaland yang pernah mencetuskan kontroversi dengan kenyataannya terhadap pertahanan Arsenal, Gabriel Maghalhaes pada musim lalu.
Isu berkenaan sebelum ini dibalas penyokong dan pemain Arsenal dalam perlawanan timbal balik yang dimenangi pasukan London Utara itu dengan jaringan besar, sebelum pengendali mereka, Mikel Arteta mengingatkan pemain agar tidak melayan provokasi dan kekal fokus kepada permainan.
Kali ini, peranan ‘penyindir’ beralih tangan, dengan Amad menjadi watak utama selepas United meninggalkan Emirates dengan tiga mata berharga. - Sinar Harian
Ringkasan AI
- Manchester United menang 3-2 ke atas Arsenal di Stadium Emirates, dengan tumpuan media sosial kepada gelagat Amad Diallo yang mengusik penyokong Arsenal selepas perlawanan.
- Kekalahan ketiga berturut-turut dalam Liga Perdana Inggeris menimpa Arsenal, memberi kesan kepada kempen kejuaraan mereka.
- Amad Diallo, selepas mencatatkan kemenangan bersama United, memberi respon sinis kepada penyokong Arsenal di media sosial, membangkitkan kontroversi yang mengingatkan kepada insiden Erling Haaland dan Gabriel Maghalhaes pada musim lalu.