Terkini: Kes Kematian Zara Qairina – Ikuti Perkembangan di Sini
SUKAN

EPL: Manchester City hilang khidmat Rodri sekali lagi

Astro Arena 09/08/2025 | 10:01 MYT
Manchester City mengutamakan kesihatan pemain dan berharap Rodri kembali cergas selepas rehat antarabangsa. - Stadium Astro
TONGGAK utama Manchester City, Rodri dijangka akan tidak bermain sehingga pertengahan September akibat kecederaan serius yang dialaminya semasa menyertai aksi FIFA Club World Cup menentang Al‑Hilal pada Julai lalu.


Ringkasan AI
  • Rodri dijangka tidak bermain sehingga pertengahan September selepas mengalami kecederaan serius semasa perlawanan FIFA Club World Cup menentang Al-Hilal pada Julai lalu.
  • Pep Guardiola sahkan Rodri sedang jalani pemulihan secara berperingkat, dan tidak akan diturunkan sepenuhnya dalam tiga perlawanan awal Liga Perdana Inggeris bagi mengelak kecederaan berulang.
  • Ketiadaan Rodri beri cabaran taktikal kepada Manchester City, namun kelab utamakan kesihatan pemain dan berharap beliau kembali cergas selepas rehat antarabangsa.


Pep Guardiola mengesahkan bahawa pemain tersebut kini sedang menjalani proses pemulihan secara persendirian dan hanya akan kembali sepenuhnya selepas rehat dari perlawanan antarabangsa.

Dalam wawancara bersama media rasmi kelab itu, Pep menegaskan: “Rodri sudah mula berlatih kembali sejak beberapa hari lalu, namun kami tidak mahu memaksanya bermain selama 90 minit kerana risiko kecederaannya berulang.”

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Tambahnya, “Fokus kami adalah memastikan beliau bebas dari kesakitan dan siap sepenuhnya secara fizikal.”

Ketiadaan Rodri dalam perlawanan pembukaan Liga Perdana Inggeris menimbulkan cabaran taktikal buat Guardiola, namun kelab itu tetap berhati‑hati demi memulihkan pemain bintang itu sepenuhnya. Rodri kini dalam fasa pemulihan penting dan tidak akan diturunkan sepenuhnya dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris awal musim.

Pemenang Ballon d'Or itu sebelum ini telah mengalami kecederaan Anterior Cruciate Ligament (ACL) ketika menentang Arsenal dan telah terlepas beraksi hampir satu musim bersama The Citizens. Kini Pep Guardiola harus memikirkan taktikal bagi harungi awal musim tanpa bintang utamanya tersebut.

Manchester City bakal membuka tirai Liga Perdana Inggeris bertemu Wolverhampton pada 17 Ogos depan pada 12.30 tengah malam. -- Stadium Astro



#Rodri #Manchester City #EPL #kecederaan serius