EPL: Manchester United kena bahan lagi

Astro Arena
September 16, 2023 23:30 MYT
Aksi Ansu Fati (kiri) dan Bruno Fernandes ketika perlawanan EPL antara Manchester United dan Brighton & Hove Albion di Old Trafford, Manchester, Britain, 16 Sept 2023. - Foto REUTERS
MANCHESTER UNITED 1 BRIGHTON 3
Manchester United terus dirundung malang apabila dihadiahkan kekalahan 1-3 oleh Brighton & Hove Albion di Old Trafford, malam tadi.
Kekecewaan itu melanjutkan lagi episod kekalahan kempen Liga Perdana Inggeris (EPL) mereka kepada Arsenal dengan keputusan serupa, dua minggu lalu, selain diselubungi kekeruhan situasi di bilik persalinan.
Benteng pasukan asuhan Eric ten Hag itu akan terus dipersoalkan kerana begitu rapuh dihukum penyudah Danny Welbeck, Pascal Gross dan Joao Pedro sebelum Hannibal Mejbri menjaringkan gol sagu hati.
#EPL #Manchester United #Brighton & Hove Albion #bola sepak