SUKAN
EPL: Manchester United lonjak kedudukan ke tangga keenam belasah Wolves
Aksi Bruno Fernandes (kiri) dan Matheus Cunha meraikan kejayaan selepas menjaringkan gol ketika perlawanan EPL antara Wolverhampton Wanderers dan Manchester United di Wolverhampton, England, 8 Dis 2025. (Foto AP)
MANCHESTER United melonjakkan kedudukan ke tangga keenam Liga Perdana Inggeris (EPL) apabila membelasah Wolves 4-1 di Stadium Molineux awal pagi tadi.
Walaupun jaringan pembukaan ketua pasukan, Bruno Fernandes, dipadam oleh penyudah Jean-Ricner Bellegarde pada penghujung separuh masa pertama, The Red Devils mempamerkan aksi lebih dominan dalam 45 minit berikutnya.
Ia menyaksikan gol daripada Bryan Mbeumo, Mason Mount dan jaringan penalti Fernandes, yang memastikan mereka membenam lawan di tangga tercorot itu.
Keputusan itu menyaksikan Rob Edwards masih gagal mencari sebarang mata sepanjang empat perlawanan pertama mengendalikan Wolves, yang kini dibezakan 13 mata daripada zon selamat.
Rakan sejawatnya di United, Ruben Amorim, pula meraih kemenangan berturut-turut di tempat lawan buat kali pertama, untuk pasukannya kini kian menghambat kelompok atasan EPL.