awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

EPL: Marcus Rashford dijangka ikat kontrak baru lima tahun di Manchester United

Astro Arena
Astro Arena
18/07/2023
02:20 MYT
EPL: Marcus Rashford dijangka ikat kontrak baru lima tahun di Manchester United
Rashford memecahkan rekod 30 gol buat kali pertama sepanjang kariernya di United musim lalu. - Gambar fail
MARCUS Rashford dijangka menandatangani kontrak baru selama lima tahun di Manchester United, demikian dilaporkan agensi berita, PA.
Pemain berusia 25 tahun daripada program pembangunan di Old Trafford itu telah berkembang pesat untuk kini menjaringkan 123 gol daripada 359 penampilan bersama skuad senior.
Rashford memecahkan rekod 30 gol buat kali pertama sepanjang kariernya di United musim lalu dan kesepakatan semasanya bersama pasukan itu akan tamat pada musim panas depan.
Bagaimanapun, PA difahamkan bahawa pemain kebangsaan England itu telah bersetuju untuk menandatangani kontrak baru sehingga 2028 dan pengumumannya dijangka akan dilakukan dalam masa terdekat.
Pengumuman itu turut kelihatan akan disusuli dengan pengumuman ketibaan penjaga gol baru, Andre Onana, daripada Inter Milan.
United difahamkan kian hampir untuk mendapatkan pemain kebangsaan Cameroon itu, yang pernah bekerjasama dengan Erik ten Hag sewaktu di Ajax dan dilihat sebagai pengganti terbaik kepada David de Gea.
https://t.co/t7570Eo6qo
— Marcus Rashford (@MarcusRashford) July 15, 2023
Topic Berkaitan
#Manchester United
#Marcus Rashford
#kontrak
#EPL
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan