[TERKINI] Najib Razak Dilepas Tanpa Dibebaskan – Kes SRC RM27 Juta, Ikuti Laporan di Sini
SPORTS

EPL: Newcastle gagal saingi fizikal Manchester City

Astro Arena 16/02/2025 | 02:30 MYT
Omar Marmoush (tengah) meraikan bersama rakan sepasukan selepas menjaringkan gol ketiga pasukannya melengkapkan hatrik ketika perlawanan EPL antara Manchester City dan Newcastle United di Stadium Etihad, Manchester, England, 15 Feb 2025. (Foto AP)
MANCHESTER CITY 4 NEWCASTLE UNITED 0
Eddie Howe menegaskan Newcastle United tidak boleh mencari alasan berikutan kekalahan 0-4 kepada Manchester City.
Rentak The Magpies telah disekat oleh barisan Pep Guardiola di Stadium Etihad, di mana Omar Marmoush melengkapkan hatriknya dalam tempoh 14 minit separuh masa pertama, manakala jaringan James McAtee menutup kekalahan berat itu.
Ia merupakan kekalahan terbesar Newcastle dalam Liga Perdana Inggeris sejak kecundang 0-5 kepada lawan yang sama di tempat yang sama pada Mei 2022.
Malah, mereka tewas kesemua 16 perlawanan terakhir mereka di City, lantas Howe berasakan pemainnya kekurangan daripada segi fizikal untuk menyaingi juara bertahan itu.
"Ia adalah hari yang sukar," katanya.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"City bermain dengan baik sedangkan kami tidak. Mereka masih pasukan paling sukar untuk dihadapi. Kami tidak berada pada tahap terbaik kami hari ini.
"Mereka mencetuskan banyak soalan, meletakkan anda di bawah tekanan. Mereka tidak mempunyai banyak peluang dan mereka melakukan apa yang diperlukan.
"Sejak awal lagi kami kurang memberikan saingan terutama aspek fizikal.
"Man City sangat bagus dalam membina gerakan. Untuk mengganggunya, anda perlu menjadi luar biasa daripada segi fizikal, mnakala kami tidak."
#Manchester City #Liga Perdana Inggeris #EPL #Newcastle United