Terkini: Kes Kematian pelatih Palapes UTM – Ikuti Perkembangan di Sini
SUKAN

EPL: Ngumoha muncul wira termuda Liverpool

Astro Arena 26/08/2025 | 03:00 MYT
Rio Ngumoha meraikan kejayaan selepas tamat perlawanan EPL antara Newcastle United dan Liverpool di St James' Park, Newcastle, Britain, 25 Ogos 2025. REUTERS
NEWCASTLE 2 LIVERPOOL 3

Arne Slot berkata ia adalah satu detik istimewa buat pemain berumur 16 tahun Liverpool, Rio Ngumoha, untuk meledak gol kemenangan pada minit ke-100 ke atas Newcastle, awal pagi tadi.

Pemain remaja itu masuk pada minit ke-89 ketika di kedudukan 2-2 apabila 10 pemain Newcastle memaksa Liverpool agar bertahan namun, rembatan pertamanya menuju tepat ke sasaran permainan yang kebuntuan sejak minit ke-45, seterusnya mencipta sensasi jaringan kemenangan itu.

Gol itu meletakkan Ngumoha sebagai penjaring termuda Liga Perdana Inggeris (EPL) dan pemain berusia 16 tahun kedua -- di samping Wayne Rooney -- yang menyumbat gol kemenangan.

Slot bercakap mengenai detik penyerang muda itu: "Adalah istimewa baginya untuk menjaringkan gol dalam saat seperti ini."

Newcastle mendominasi sebahagian besar perlawanan, makala Liverpool hanya berupaya melancarkan dua percubaan tepat sepanjang separuh masa kedua, lantas Slot memuji corak permainan tuan rumah.

“Kami agak tenang dalam mengatur gerakan tetapi hilang bola apabila sampai kepada penyerang kami, mereka sepatutnya menahan bola lebih lama dan apabila mereka cuba memaksa hantaran dan menghantar bola ke belakang, maka kami sekali lagi terpaksa mempertahankan sepakan gol yang melambung jauh.

"Kami tidak dapat menguasai perlawanan disebabkan gaya permainan Newcastle dan mereka meletakkan kami dalam kesukaran."







#Liga Perdana Inggeris #EPL #Liverpool #Newcastle United