PAUL Tierney yang terpalit kontroversi dalam perlawanan Nottingham Forest menentang Liverpool Sabtu lalu tidak akan mengadili perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) hujung minggu ini.

Tierney berdepan kritikan selepas dia gagal menghadiahkan bola yang dijatuhkan kepada Forest di kawasan serangan sejurus menghentikan perlawanan gara-gara kecederaan kepala uyang menimpa pertahanan Liverpool, Ibrahima Konate.

Forest merampas semula penguasaan bola berikutan kesilapan Tierney, namun dibolosi pada minit ke-99 yang menyebabkan mereka kehilangan mata berharga dalam usaha meneruskan kelangsungan hidup dalam Liga Perdana Inggeris (EPL).

Bagaimanapun, sumber yang rapat dengan Professional Game Match Officials Ltd menegaskan Tierney tidak digugurkan secara langsung.

Dia sebaliknya dipilih sebagai pembantu video bantuan pengadil (VAR) untuk perlawanan Arsenal bertemu Brentford, Ahad ini.

Dia merupakan salah seorang daripada kumpulan pegawai perlawanan yang kerap bertukar ganti bertindak sebagai menjadi pengadil dan pengendali VAR. - Stadium Astro