EPL: Roy Hodgson dalam keadaan stabil selepas dikejarkan ke hospital

Astro Arena
Februari 16, 2024 04:00 MYT
Roy Hodgson ketika menunggu sepak mula perlawanan EPL antara Manchester City dan Crystal Palace di Stadium Etihad, Manchester, England, 16 Dis 2023. - Gambar fail AP
PENGURUS Crystal Palace, Roy Hodgson, dilaporkan dalam keadaan stabil dan masih dipantau di Hospital selepas berasa tidak sihat sewaktu latihan pasukan itu malam tadi, demikian disahkan kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu.
Pengendali berusia 76 tahun berkenaan sepatutnya menghadiri sidang media menjelang aksi menentang Everton awal pagi Selasa ini tetapi pengamal media yang sedang menunggu di Pusat Latihan New Beckenham dimaklumkan bahawa sesi itu tidak dapat dijalankan.
Berdasarkan laporan, Palace sedang dalam proses untuk memecat Hodgson, di mana bekas pengendali Eintracht Frankfurt, Oliver Glasner, merupakan calon pilihan untuk menggantikan tempatnya.
Palace kini menduduki tangga ke-15 EPL, hanya dibezakan lima mata daripada zon penyingkiran.
Hodgson akan mengemudi perlawanannya yang ke-200 sebagai pengurus Palace sewaktu menentang Everton selepas pasukannya tewas 1-3 kepada Chelsea di Selhurst Park pada Selasa lalu.

Following news that Roy Hodgson was taken ill during todays training session, we can confirm that he is now stable and is currently undergoing tests in hospital. Everybody at the club sends their best wishes to Roy for a speedy recovery.

— Crystal Palace F.C. (@CPFC) February 15, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#EPL #Roy Hodgson #Crystal Palace #Everton