awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

EPL: Sentuhan magis Garnacho inspirasi kemenangan Man United di Goodison Park

Astro Arena
Astro Arena
27/11/2023
02:00 MYT
EPL: Sentuhan magis Garnacho inspirasi kemenangan Man United di Goodison Park
Aksi Garnacho mengawal bola ketika perlawanan EPL antara Everton dan Manchester United di Stadium Goodison Park, Liverpool, England, 26 Nov 2023. (Foto AP)
PADA hari Everton menyuarakan ketidakpuasan terhadap keputusan Liga Perdana Inggeris atas hukuman pemotongan mata, Manchester United menambah perit atas luka mereka dengan kemenangan 3-0 ke atas The Toffees.
Dipotong 10 mata kerana melanggar peraturan financial fair play, penyokong Everton melaungkan cemuhan ketika lagu tema EPL dimainkan di Goodison Park.
Situasi itu selalunya menghadirkan perlawanan sukar buat United, namun laman keramat Everton seperti senyap seketika apabila hantaran silang Diogo Dalot disempurnakan Alejandro Garnacho dengan sentuhan magis apabila melakukan sepakan gunting yang menembusi gawang seawal minit kedua permainan.
Didorong oleh rasa ketidakadilan yang membara daripada rentetan keputusan pengadil yang dipersoalkan, Everton menggunakan semangat penonton sebagai kelebihan mereka, namun André Onana bertindak cemerlang menafikan beberapa peluang dihasilkan Dominic Calvert-Lewin.
United sekali lagi menghukum tuan rumah pada separuh masa kedua, apabila Ashley Young menjatuhkan Anthony Martial sebelum Marcus Rashford melengkapkan jaringannya menerusi sepakan penalti.
Ketika perlawanan sudah kelihatan memihak pelawat, mereka menambah lagi jaringan menerusi gerakan serangan balas yang disempurnakan oleh Anthony Martial.
Pengendali pasukan, Erik ten Hag, melakukan beberapa pertukaran bagi merehatkan pemain utama menjelang perlawanan di Turki berdepan Galatasaray dalam saingan Liga Juara-Juara (UCL).
Topic Berkaitan
#EPL
#Manchester United
#Alejandro Garnacho
#Everton
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan