EPL: Sepakan penalti Aubameyang beri kemenangan buat Arsenal di Old Trafford

Astro Awani
November 1, 2020 22:59 MYT
Pierre-Emerick Aubameyang (kiri) meraikan bersama Mohamed Elneny ketika perlawanan EPL antara Manchester United dan Arsenal di Stadium Old Trafford, Manchester, England, 1 Nov, 2020. (Foto AP)
SEPAKAN penalti oleh Pierre-Emerick Aubameyang pada babak kedua permainan, memberikan kemenangan kepada Arsenal ketika menentang Manchester United pada Ahad malam.
Ia merupakan gol tunggal dalam aksi di Old Trafford, meletakkan keputusan pada 1-0.
Kemenangan Arsenal ke atas Manchester United ini merupakan yang pertama bagi pasukan itu sejak 2006.
Gol ini juga merupakan gol pertama Aubameyang selepas lima perlawanan tanpa sebarang jaringan.
Sepakan penalti itu dihadiahkan apabila Paul Pogba dilaporkan mengasari Hector Bellerin.
The Gunners kini mempunyai 12 mata dan kini berada di kedudukan kesembilan liga.
United pula di kedudukan ke-15 liga dengan tujuh mata.
#Manchester United #Arsenal #Pierre-Emerick Aubameyang #EPL #sepakan penalti #gol #Liga Perdana Inggeris