EPL: Seri tanpa jaringan, harapan Everton hampa

Astro Awani
Mei 13, 2021 23:57 MYT
Pemain Everton Dominic Calvert-Lewin (kanan) membawa bola melepasi penjaga gol Aston Villa Emiliano Martinez ketika perlawanan EPL antara Aston Villa dan Everton di Villa Park, Birmingham, England, 13 Mei, 2021. (Foto AP)
HARAPAN Everton untuk menamatkan saingan musim ini dalam kedudukan selesa hampa selepas ia sekadar seri tanpa jaringan dengan Aston Villa.
Kekalahan dalam perlawanan ini bermakna Everton terlepas peluang mendaki ke tangga keenam liga.
Dalam aksi yang berlangsung awal pagi ini waktu Malaysia, tuan rumah Villa lebih menyerlah.
Bagaimanapun, tiada sebarang gol terhasil di sebalik beberapa percubaan.
Keputusan itu meletakkan anak buah Carlo Ancelotti itu enam mata ketinggalan daripada Chelsea yang berada di tangga keempat.
#EPL #Everton #Aston Villa #seri tanpa jaringan