[TERKINI] Gelombang Serangan Baharu Iran-Israel | Trump Timbang Tindakan Ketenteraan AS. Klik untuk laporan penuh.
SPORTS

EPL: Southampton cipta rekod penyingkiran terpantas dalam sejarah

Muhamad Syazwan 07/04/2025 | 00:30 MYT
Wilson Odobert (tengah) berebut bola dengan Kyle Walker-Peters (kiri) dan Mateus Fernandes ketika perlawanan EPL antara Tottenham Hotspur dan Southampton di Stadium Tottenham Hotspur, London, 6 Apr 2025. (Foto AP)
NAMA Southampton kini tercatat dalam sejarah Liga Perdana Inggeris (EPL). Malangnya, ia bukan atas sebab yang membanggakan.
Selepas kekalahan 3-1 kepada Tottenham Hotspur pada Ahad, The Saints secara rasmi menjadi pasukan dengan penyingkiran paling awal dalam sejarah liga utama England ini.
Kekalahan tersebut mengesahkan penyingkiran Southampton dengan tujuh perlawanan masih berbaki musim ini.
Berikut ialah jadual lima penyingkiran terpantas dalam sejarah EPL, disusun mengikut jumlah baki perlawanan ketika penyingkiran disahkan:
Musim ini benar-benar menjadi mimpi buruk buat para penyokong Southampton.
Daripada 31 perlawanan, pasukan kendalian pengurus sementara itu hanya mampu mengutip 10 mata — satu angka yang amat membimbangkan.
Kini mereka berada dalam bahaya mencipta satu lagi rekod tidak diingini: jumlah mata paling rendah dalam satu musim EPL, yang kini dipegang oleh Derby County dengan 11 mata pada musim 2007/08.
Musim ini boleh dikatakan antara yang paling kejam buat pasukan-pasukan bawahan, namun Southampton akan dikenang sebagai pasukan yang terawal tersingkir dalam sejarah EPL.
Dalam perlawanan pada Ahad, Brennan Johnson meledak dua gol pada separuh masa pertama sementara jaringan lewat Mateus Fernandes tidak memadai buat pasukan tercorot EPL itu bangkit sebelum tersingkir ke Liga Kejuaraan musim hadapan.
Tewas buat kali ke-25 dalam 31 perlawanan, Southampton menjadi pasukan pertama EPL yang tersingkir dengan berbaki tujuh perlawanan.
#Liga Perdana Inggeris #EPL #Tottenham Hotspur #Southampton