TOTTENHAM Hotspur mengekalkan kedudukan sebagai peneraju Liga Perdana Inggeris (EPL).

Ini susulan keputusan 1-1 yang dicatatkan ketika pertemuan dengan Crystal Palace.

Aksi berlangsung pada Ahad di Selhurst Park.

Harry Kane memecah kebuntuan dengan jaringan pada minit ke-23.

Gol pendahuluan buat Spurs ini juga merupakan gol ke-9 Kane musim ini.

Crystal Palace bagaimanapun berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-81 menerusi sepakan percuma Ebere Eze.