awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JS-SEZ berpotensi jadi model pembangunan serantau, boleh diperluas ke negara jiran - Pakar
Wanita maut selepas tersangkut pada lif ski di Jepun
Majlis FIFA tidak merancang undi pemulihan pasukan Rusia - Laporan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

EPL: Tandukan saat akhir Stones pastikan City atasi Wolves

Astro Arena
Astro Arena
21/10/2024
01:45 MYT
EPL: Tandukan saat akhir Stones pastikan City atasi Wolves
Pemain Manchester City John Stones (atas kiri) menanduk bola masuk ke gawang lawan ketika perlawanan menentang Wolverhamton Wanderers di Stadium Molineux. - Foto AP
WOLVES 1 MANCHESTER CITY 2
Tandukan saat akhir John Stones memastikan Manchester City menewaskan Wolves 2-1 dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Molineux malam tadi.
City kelihatan akan terlepas peluang untuk seketika memintas Liverpool, yang menewaskan Chelsea 2-1 awal pagi tadi, di tangga teratas tetapi Stones memainkan watak wira dengan cara yang cukup dramatik.
Pasukan yang sedang bergelut, Wolves, mendahului seawal minit ketujuh apabila lintangan gemilang Nelson Semedo ditolak masuk Jorgen Strand Larsen.
Bagaimanapun, pelawat menyamakan kedudukan pada minit ke-33 hasil jaringan menakjubkan Josko Gvardiol.
City selepas itu kerap dikecewakan aksi tangkas penjaga gol lawan, Jose Sa, yang menafikan percubaan Bernardo Silva, Savinho dan Ruben Dias.
Namun, dalam waktu kecederaan, kedegilan Wolves akhirnya ditundukkan apabila Stones melompat tinggi untuk menemui sepakan penjuru Phil Foden, yang ditanduk masuk ke gawang lawan. - Stadium Astro
Topic Berkaitan
#EPL
#Manchester City
#Wolves
#Stadium Molineux
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan