[LAPOR LANGSUNG] Inkues Zara Qairina – Kemas Kini Terkini & Fakta Penting – Ikuti Di Sini.
SUKAN

EPL: Ten Hag anggap reaksi ke atas kemenangan MU umpama 'penghinaan'

Astro Arena 24/04/2024 | 02:15 MYT
Erik Ten Hag sifatkan reaksi terhadap kemenangan dalam peringkat separuh akhir Piala FA yang melibatkan Manchester United ke atas Coventry sebagai 'memalukan' dan umpama satu 'penghinaan.'
PENGURUS Manchester United, Erik Ten Hag, menyifatkan reaksi terhadap kemenangan dalam peringkat separuh akhir Piala FA yang melibatkan Manchester United ke atas Coventry sebagai 'memalukan' dan umpama satu 'penghinaan.'

Setelah melepaskan peluang untuk menang dengan mendahului 3-0 di Stadium Wembley ketika perlawanan masih berbaki 20 minit tetapi menang menerusi sepakan penalti ketika menentang pasukan dari Liga Kejuaraan itu dikritik hebat oleh pakar dan peminat bola sepak.

Ten Hag menjawab soalan yang ditanyakan dengan penuh keyakinan bahawa kemenangan yang diraih pasukannya itu bukan sesautu yang memalukan dan menganggap reaksi sesetengah pihak hanya bersifat berlebihan sahaja.

"Persoalannya: Adakah ia memalukan? Tidak, reaksi daripada anda lebih memalukan. Ia adalah komen. Bola sepak teratas adalah mengenai keputusan perlawanan, kami berjaya ke peringkat akhir dan kami layak mendapatkannya bukan sahaja dalam perlawanan ini tetapi perlawanan lain juga.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Kami hilang kawalan selama 20 minit, kami juga bernasib malang daripada 3-2 kepada 3-3. Kami sangat bertuah pada akhirnya, jelas sekali. Penalti sangat baik dan kami berjaya ke final dan ia adalah pencapaian besar. Dua kali dalam dua tahun adalah indah.

"Bagi saya sebagai pengurus, empat piala akhir dalam tempoh empat tahun. Komen itu memalukan." katanya. - Stadium Astro
#EPL #Erik ten Hag #Manchester United #Coventry