SUKAN
EPL: United tewas ketika Brentford sambut kepulangan Bryan Mbeumo
Bruno Fernandes kelihatan kecewa selepas tamat perlawanan EPL antara Brentford dan Manchester United di Stadium GTech Community, London, Britain, 27 Sept 2025. REUTERS
KAPTEN Manchester United, Bruno Fernandes gagal menyempurnakan sepakan penalti ketika pasukannya tewas 1-3 kepada Brentford dalam aksi Liga Perdana Inggeris, pada Sabtu.
Pemain tuan rumah, Igor Thiago membuka jaringan seawal minit kelapan selepas menerima hantaran Jordan Henderson sebelum menambah gol kedua pada minit ke-20 hasil bola muntah daripada tampanan Altay Bayindir.
United merapatkan jurang pada minit ke-26 menerusi Benjamin Sesko yang menyudahkan peluang selepas percubaan awalnya dihalang pertahanan lawan.
The Red Devils telahpun diberikan ruang untuk menyamakan kedudukan namun Fernandes gagal menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-76 yang diselamatkan penjaga gol Brentford, Caoimhin Kelleher.
The Bees menambah perit United apabila melengkapkan kemenangan bergaya menerusi gol yang disempurnakan oleh Mathias Jensen.
Kekalahan itu menyaksikan United kendalian Ruben Amorim terus bergelut, apabila sudah tewas tiga kali dalam saingan liga musim ini